Monday, 9 January 2017
Keluarga Don Omar
Perkenalkan nama aku beamea.. tapi itu bukan nama sebenar aku, aku berasal dari sebuah kampung yang aman dan damai. aku dari keturunan keluarga yang bahagia. aku adalah mix thai-chinese (thainese) tetapi muka aku seakan ori melay! tujuan aku menulis blog ni adalah ingin menceritakan kisah kekeluargaan yang diberi nama Don omar.
Don omar itu bukan nama sebenar, nama itu dambil dari nama jiran aku iaitu omar! Don pula berasal dari gelaran pengikut omar, dimana ia seperti pertubuhan mafia, tetapi kisah ini sudah berpuluh-puluh tahun berlalu.
Don Omar mempunyai pengikut yang sangat ramai di singapura,johor dan semenanjung sekitar tahun 1976, ketika itu don omar mempunyai 12 orang anak, 5 lelaki dan 7 perempuan.
Don omar bermula kariernya daripada asahan seorang jutawan chinese yang bernama bou tew atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya de marcos oleh para jutawan lain kerana pemikirannya yang pantas pada apa-apa situasi. Don Omar mengenali De marcos pada usianya 14 tahun. Don Omar berkerja dengan De marcos sebagai budak stor, De marcos mempunyai bisnes yang sangat besar kerana mempunyai pasaran yang meluas bukan saja di asia tetapi di eropah juga. disebalik bisnes yang dijalankan oleh de marcos sebagai pembekal emas dan diamond tulen dia asia dia juga mempunyai pasaran gelap. de marcos mempunyai gudang senjata yang besar di sebuah pulau yang terletak diantara kepualauan selat melaka yang dikaburi oleh orang de marcos sebagai nelayan.
5 tahun kemudian , de marcos mati akibat pergaduhan diantara geng aziz pancung dan sungai merah yang menyerang de marcos dan anak buahnya di pelabuhan , de marcos ditembak di kepala dengan 5 das tembakan dan anak buahnya ditetak dengan ngeri. don omar ketika itu berada di singapura untuk menguruskan pasaran di sana dan beliau sangat terkejut dengan kematian de marcos yang secara tiba-tiba tanpa dendam dan sepatah kata.
secara automatiknya pentadbiran de marcos dikendali oleh don omar dan 5 anak lelakinya yang secara tidak sengaja mencuburi kegiatan itu. anak sulung don omar bernama fauzi @ pujjies , kedua bernama khaidir@didir( didir sebelum ini bergerak solo dengan kegiatannya sebagai bodyguard orang kaya zamil iaitu salah seorang rakan kongsi de marcos, yg ketiga bernama zuki@luntai, luntai sebelum ini dihantar oleh de marcos menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di uk, luntai pulang semula ke tanah melayu selepas tamat pengajiannya dan menolong don omar dalam bahagian pemasaran eropah.keempat ialah rozzi , kelima hanafi@parrang, parrang ialah anak don omar yang sangat berpengaruh dalam kalangan anak lelakinya.
orang yang sangat dipercayai oleh don omar adalah jaafar, jaafar berkerja bersama don omar dari kecil lagi dan mempunyai sikap amanah! jaafar jenis seorang yang taat pada perintah dan garang orangnya. jaafar selalu memakai baju kemeja licin berseluar slack dan kasut hitam kerana bg nya ia cukup menunjukkan siapakah dirinya.
bodyguard don omar pula bernama hussein, hussein sama seperti jaafar tp hussein seorang yang bertubuh sasa yang mencapai ketinggian 190cm dan berkepala botak.
de marcos meninggalkan harta yang sangat banyak hingga mencecah berjuta-juta dollars dan 16 biji rumah agam ( tp di tanah melayu hanya sebiji sahaja) dan tanah. Don omar menggendalikan setiap harta de marcos dengan strategiknya dan bermulalah kisah mafia yang di ketuai oleh didir iaitu anak don omar.
pasaran gelapnya semakin menarik ahli jutawan lain untuk menjadi rakan kongsi dan beberapa mafia terbesar afrika ingin bersatu dengan don omar bagi meluaskan pasaran itu, tp don omar memilih jalan yang betul dan menolak tawaran yang diberikan oleh mafia-2 tersebut.
sebut saja nama don omar , siapa yang tidak kenal ? seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya selepas de marcos. setiap ahli jutwan yang ingin menstabilkan ekonominya pasti menandatangani perjanjian 73 iaitu salah satu perjanjian yang dicipta oleh de marcos semasa pentadbirannya bg melindungi kestabilan ekonomi sesuatu syarikat yang dibina. Don omar hanya memberi arahan dan kelima-lima anaknya akan melakukan kerjanya. sesiapa yang enggan bekerjasama dengan don omar sudah tentu ekonominya akan kusut dengan tiba-tiba dan mungkin mengakibatkan muflis !!
menjadi seorang ahli peniagaan yang terbesar bukan bahagia akan tetapi ramai yang dengki.. dan ini adalah musuh dari zaman de marcos lagi , Antaranya leuw ah mei, david stephens, ali khirda, usoeff marai dan sungai merah yang ditabir oleh aziz pancung iaitu pembunuh de marcos, .. orang-2 itu mempunyai syarikatnya yang besar (orang panggil gergasi la) lebih kurang.. antaranya aziz pancung yang membuka syarikat barangan import yang menyorokkan kegiatan dadah dalam perniagaannya.
dalam kisah ini hanya 3 watak sahaja yang penting iaitu Don omar, jaafar (orang kanan don omar) dan didir (anak don omar).. setiap pengurusan jual beli diuruskan oleh jaafar dan kebiasaannya jaafar membuat pengurusan jual beli di sekitar pelabuhan atau di tengah-2 kesibukkan kota, bisnes yang dijalankan oleh don omar bukan yang biasa-2 , ia mencecah hingga jutaan dollar pada sesuatu masa. Don omar hanya datang dan jumpa pembeli sahaja iainya untuk kepastian pembeli itu dan urusan penghantaran dan wang , didir yang akan selesaikannya.
kegiatan mereka agak susah untuk dibongkar kerana setiap orang atasan diberi suapan yang tidak mampu diberi oleh jutawan lain dan iainya akan membuat sesiapa yang menerimanya akan bersifat seperti tiada apa yang berlaku. Di setiap kawasan akan diletakkan satu abang besar bagi menguruskan duit perlindungan dan sewa tapak. boleh dikatakan disetiap daerah di semenanjung masa tu mesti ada orang-2 don omar. Kepada sesiapa yang enggan memberi duit perlindungan mereka akan menerima nasib yang buruk (parrang yang uruskan hitman untuk rompak tempat tu or kasi langsai semua nyawa).
don omar bagai godfather kepada ahli jutawan lain ketika majlis perjumpaan kepala-2 naga dan palang warna. Ini kerana setiap gerak geri mereka pasti selamat dari anasir-2 lahanat. Tiada sesiapa yang mahu menyentuh perniagaan don omar ( bg mereka yang sayang akan nyawalaa)
BERSAMBUNG
Subscribe to:
Posts (Atom)